Saturday, March 17, 2012

~my third sis and me~

dari belakang : kak ji(kak ipar), abg syarif, ayah, abg emy(abg ipar), adik, kak rabeah(kak ipar), abg syam, abg ikram
dari tengah : mak(1st), saya, mak saya(2nd), k.long, kak faizah, kak dibah, abg tajun
dari bawah : semua anak sedara..hehe,sendiri punya belum ada~


my precious pic...(*-*)
:: haha tomey2..mana satu ek aku,,kiri or kanan?




jeng..jeng jeng....
so ni la jawapannye...
                        kiri--->my beloved sister                                kanan--->ME

p/s--->dulu kecik2 selalu gaduh, tapi skang sudah kamceng maa... walaupun berada di berlainan tempat, walaupun sesibuk mana kita berada, always remember Allah~insyaAllah selamat dunia akhirat..gud luck for your study..

thanks for being my sister(^-^)v

Sweet memories~~

Assalamu'alaikum wbt..
hmm,,blurr nak tulis apa ya. Nak share sikit tentang pengalaman yang agak manis,,agak??hehe..pengalaman yang manis bersama-sama sahabat2 dunia akhirat, insyaAllah~~

Pernah tak terjadi kat korang???

Kadang-kadang apabila bersahabat tanpa ada perbalahan atau bermasam muka,..mula gelisah, macam ada benda yang tak kena. Takut terjadi something dengan hubungan kami disebabkan terlalu baik. Tapi perlukah kita bergaduh dengan dia atau bermasam muka? Tak sanggup rasanya nak berlakon seakan kita ni betul2 ok tanpa dia...Aku ingat lagi..

"Apabila bersahabat ni tak akan lari dari bergaduh atau tak puas hati dan sebagai nya kerana ia merupakan rempah ratus sesuatu hubungan itu. Itulah yang akan menjadi 'perasa' kepada ukhuwah itu sendiri"

Kata2 tu datang khas dari senior aku, so macam mana pulak dengan sahabat yang langsung tak ada masalah? Puas aku fikir punya fikir....akhirnya ada jugak jawapannye,,,hehehe..gembiranya aku:))

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud) 



So, tak kisahla kalau bergaduh ataupun tak..yang penting apabila 2 sahabat itu bersahabat kerana Allah, berjuang bersama2 di atas jalan-Nya disertakan susah dan senang bersama, maka itu adalah lebih bermakna. Namun apabila berlaku perbalahan atau pergaduhan ingatlah itu adalah ujian yang Allah turunkan kepada kita. Dalam erti kata yang lain....ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA~~

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) 


p/s--->my dear friends....i love u all very muchh!!:))

Wednesday, December 8, 2010

Kejadian Bintang

          Alhamdulillah ini merupakan assignment ana bagi subjek ulum Quran yang mana ana dapt tajuk kejadian alam semesta dari segi sainstifiknya berpandukan alQuran. Walaupun belum siap sepenuhnya ana harap sedikit sebanyak artikel ini menambah pengetahuan sahabat2 tntg ilmu agama dan sains.WaAllahua'lam.


Hukum Al-Quran
          
          Di dalam Al Quran, banyak kita temui ayat yang menggunakan perkataan An-Najmu (atau An Nujum) yang diterjemahkan sebagai bintang, atau bintang-bintang. Sekiranya kita menyemak firman-firman Allah S.W.T di dalam al-Quran maka kita dapati terciptanya bintang-bintang di langit dan pergerakan-pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup ma
khluk Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Peranan bintang-bintang adalah sebagai perhiasan di langit, penunjuk arah perjalanan dan sebagai pelempar syaitan. Ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan oleh Allah S.W.T melalui firman-firman-Nya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.(67) : 5
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.(16) : 16

Seorang Tab’in yang terkemuka Imam Qatadah r.a telah berpendapat bahawa bagi sesiapa yang melihat hikmah kejadian bintang itu selain dari tiga perkara di atas termasuk untuk menetapkan atau meramalkan apa yang bakal berlaku telah menyanggahi syarak. Katanya:

“Penciptaan bintang-bintang ini (oleh Allah S.W.T.) hanya untuk tiga hal; penghias langit, pelempar syaitan dan tanda bagi orang untuk mengenali arah. Maka barangsiapa menafsirkan selain dari itu, dia telah salah dan mengsia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.” 

Riwayat Imam al-Bukhari secara muallaq di dalam Shahihnya.

Penemuan Sains

          Penemuan sains pada hari ini mengesahkan pada peringkat awal kejadian alam, selepas berlaku kejadian big bang, alam semesta dalam keadaan gelap gelita. Selepas itu baru datang cahaya terang benderang. Hal ini telah terbukti oleh NASA. “Para saintis NASA berjaya mengesan cahaya yang mungkin datang daripa
da objek pertama yang lahir selepas berlakunya Bing Bang lebih kurang 13 billion tahun dahulu. Pertemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas bahang Big Bang reda, alam semesta berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang bercahaya ini.” ¹
Ayat ini juga menarik di sudut urutannya kerana ia menunjukkan semasa langit sedang dibangunkan, kegelapan menyelimuti angkasa terlebih dahulu sebelum terbit cahaya yang menerangi kosmos. “Selepas itu proses kejadian bumi bermula. Urutannya sememangnya selari dengan penemuan sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. (ms 50, Jendela Alam Semesta “Bintang”, Pelangi Sdn. Bhd). Kajian membuktikan bahawa di alam ini terdapat jasad yang mengeluarkan te
naga dan cahayanya sendiri yang diberi nama Bintang. Matahari adalah salah satu bintang di alam ini. Jasad yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan mengelilingi suatu bintang, dinamakan Planet. Jasad yang mengelilingi Planet dinamakan Satelit. Bulan adalah satelit kepada Bumi. Planet dan satelit hanya boleh dilihat sekiranya permukaannya yang bercahaya (kesan sinaran cahaya matahari/bintang) menghadap ke arah Bumi.
Pada hari ini, angkasa sememangnya terang benderang dengan cahaya. Ia adalah cahaya radiasi yang datang daripada bintang-bintang dan galaksi. Hal ini memang benar kalam Allah menjelaskan “dia melahirkan gelap gelita malam (di langit) dan mengeluarkan cahaya terang-benderang daripadanya.”
1-Akhbar NASA, Scientists See Light that May Be From first Objects in Universe, 2 November 2005.

Evolusi Bintang

          Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang. Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop. Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang raksasa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akanmembentuk super raksasa merah. Super raksasa merah ini kemudiannya membentuk Nova atau super nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong gelap. “bintang mempunyai 6 evolusi yang terjadi” ¹ (ms25, Quran saintifik, Dr Daniel Zainal Abidin, (2007), PTS MILLENNIA, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur).






Bintang mempunyai 6 jenis revolusi bintang ada prototaip bintang

  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Lohong hitam
  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Supernova dan lohong hitam
  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Bintang super-raksasa merah - Supernova dan bintang neutron
  • Protobintang - Bintang seperti Matahari - Bintang raksasa merah - Planetari nebula -bintang kerdil putih
  • Protobintang - Bintang kerdil merah - Bintang kerdil putih
  • Protobintang - Bintang kerdil perang


1-ms25, Quran saintifik, Dr Daniel Zainal Abidin, (2007), PTS MILLENNIA, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.


Pengakhiran Bintang

          Dari segi kosmologi Islam, kita yakin sepenuhnya bahawa alam ini bersifat 'baru' (hadith) dan 'kena jadi', dari 'tiada kepada ada' (ex nihilo). Ahli-ahli kosmologi Islam yang membuat penafsiran asal kejadian alam semesta berdasarkan Al-Quran dan Hadis mengatakan bahawa alam ini berasal dari asap (dukhan). Ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Fushilat ayat 11 yang bermaksud serta menerangkan implikasi penciptaan langit.

Kemudian Dia menuju kepada langit dan ia adalah asap, lalu Dia (Allah) berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu berdua dengan rela atau terpaksa.” Kedua-duanya berkata: "Kami datang dengan rela.”(41) : 11

          Ayat ini ditafsirkan dengan kenyataan alam semesta kejadiannya adalah berbentuk paduan dari satu jisim yang bercantum. Jisim tersebut wujud hasil dari paduan(ratq) gas-gas dan debu-debu angkasa yang disebut sebagai 'dukhan'. Dukhan ini kemudiannya akan berputar ligat disebabkan tekanan dari pusat dukhan dan dengan khudrat dan iradat Allah s.w.t terhasillah tekanan yang menyebabkan berlakunya letupan sehingga boleh memisahkan/pecah(fatq). Sudah pasti letupan ini berlaku dalam keadaan kuat dan hebat, lalu membentuk ala mini yang berupa 'alam benda' yang terdiri dari gugusan pulau-pulau angkasa(galaksi), bintang-bintang dan planet-planet.
          Bintang di langit tak selamanya akan tetap disana. Ia juga akan menjadi tua dan mati. Ada yang berakhir sebagai katai putih, lubang hitam atau supernova. Tapi ada juga bintang yang dipaksa mati sebelum waktunya. Ada bintang yang hidupnya berjalan biasa saja sampai masa tua dan kemudian mati, namun ada juga bintang yang dalam hidupnya berani menempuh bahaya dan ternyata tak selamat dari bahaya tersebut. Bintang itu adalah mereka yang berani berdekatan dengan lubang hitam masif. Bintang-bintang menjadi bercahaya kerana perubahan kekuatan daya tarik menjadi energi panas. Reaksi termonuklear ikut melakukan peran dan kerana bercampur maka terjadilah atom berat yang menggantikan atom ringan. Dengan begitu maka hidrogen, menjadi helium, kemudian menjadi karbon dan kemudian lagi menjadi oksigen, dan akhirnya menjadi logam, kemudian menjadi metalloid. Jadi bintang-bintang itu mempunyai kehidupan dan astronomi moden telah dapat menyusun klasifikasi mengenai perkembangan bintang tersebut. “Bintang itu juga mengalami kematian. Dalam tahap perkembangannya yang terakhir terjadi suatu ledakan dalam beberapa bintang dan setelah itu bintang-bintang itu mati.” ¹

"Apabila matahari hilang cahayanya(1)dan apabila bintang-bintang bergugur
an(2)apabila gunung-gunung menjadi debu(3)"(81) : 1-3

1-ms10, Membuka Takbir Pintu Langit, IR.Siswo Santoyo,(2001), PT MIZAN PUBLIKA, Jakarta, Indonesia.

Monday, October 11, 2010

Teguran itu..bermakna~



"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?
Ingat...
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Kita kena ingat, sebenarnya yang menegur kita adalah dari Allah. Peringatan tu dari Allah. Cuma cara Allah tegur kita melalui perantaraan manusia. Kita bukan sesiapa untuk dapat wahyu terus dari Allah. Jadi, Allah bagi teguran itu melalui mereka yang menegur kita. Allah bagi kekuatan kepada mereka untuk menegur kita. 
P/s---->tegurlah aku andai aku salah dan terleka..

Friday, August 13, 2010

10 hal yang mendatangkan cinta Allah




Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.


Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.



Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.


Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.


Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.


Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.


Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.


Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.


Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.


10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.


Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."