Wednesday, December 8, 2010

Kejadian Bintang

          Alhamdulillah ini merupakan assignment ana bagi subjek ulum Quran yang mana ana dapt tajuk kejadian alam semesta dari segi sainstifiknya berpandukan alQuran. Walaupun belum siap sepenuhnya ana harap sedikit sebanyak artikel ini menambah pengetahuan sahabat2 tntg ilmu agama dan sains.WaAllahua'lam.


Hukum Al-Quran
          
          Di dalam Al Quran, banyak kita temui ayat yang menggunakan perkataan An-Najmu (atau An Nujum) yang diterjemahkan sebagai bintang, atau bintang-bintang. Sekiranya kita menyemak firman-firman Allah S.W.T di dalam al-Quran maka kita dapati terciptanya bintang-bintang di langit dan pergerakan-pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup ma
khluk Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Peranan bintang-bintang adalah sebagai perhiasan di langit, penunjuk arah perjalanan dan sebagai pelempar syaitan. Ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan oleh Allah S.W.T melalui firman-firman-Nya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.(67) : 5
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.(16) : 16

Seorang Tab’in yang terkemuka Imam Qatadah r.a telah berpendapat bahawa bagi sesiapa yang melihat hikmah kejadian bintang itu selain dari tiga perkara di atas termasuk untuk menetapkan atau meramalkan apa yang bakal berlaku telah menyanggahi syarak. Katanya:

“Penciptaan bintang-bintang ini (oleh Allah S.W.T.) hanya untuk tiga hal; penghias langit, pelempar syaitan dan tanda bagi orang untuk mengenali arah. Maka barangsiapa menafsirkan selain dari itu, dia telah salah dan mengsia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.” 

Riwayat Imam al-Bukhari secara muallaq di dalam Shahihnya.

Penemuan Sains

          Penemuan sains pada hari ini mengesahkan pada peringkat awal kejadian alam, selepas berlaku kejadian big bang, alam semesta dalam keadaan gelap gelita. Selepas itu baru datang cahaya terang benderang. Hal ini telah terbukti oleh NASA. “Para saintis NASA berjaya mengesan cahaya yang mungkin datang daripa
da objek pertama yang lahir selepas berlakunya Bing Bang lebih kurang 13 billion tahun dahulu. Pertemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas bahang Big Bang reda, alam semesta berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang bercahaya ini.” ¹
Ayat ini juga menarik di sudut urutannya kerana ia menunjukkan semasa langit sedang dibangunkan, kegelapan menyelimuti angkasa terlebih dahulu sebelum terbit cahaya yang menerangi kosmos. “Selepas itu proses kejadian bumi bermula. Urutannya sememangnya selari dengan penemuan sains dalam bidang astronomi dan astrofizik. (ms 50, Jendela Alam Semesta “Bintang”, Pelangi Sdn. Bhd). Kajian membuktikan bahawa di alam ini terdapat jasad yang mengeluarkan te
naga dan cahayanya sendiri yang diberi nama Bintang. Matahari adalah salah satu bintang di alam ini. Jasad yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan mengelilingi suatu bintang, dinamakan Planet. Jasad yang mengelilingi Planet dinamakan Satelit. Bulan adalah satelit kepada Bumi. Planet dan satelit hanya boleh dilihat sekiranya permukaannya yang bercahaya (kesan sinaran cahaya matahari/bintang) menghadap ke arah Bumi.
Pada hari ini, angkasa sememangnya terang benderang dengan cahaya. Ia adalah cahaya radiasi yang datang daripada bintang-bintang dan galaksi. Hal ini memang benar kalam Allah menjelaskan “dia melahirkan gelap gelita malam (di langit) dan mengeluarkan cahaya terang-benderang daripadanya.”
1-Akhbar NASA, Scientists See Light that May Be From first Objects in Universe, 2 November 2005.

Evolusi Bintang

          Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada graviti bintang. Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop. Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang raksasa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akanmembentuk super raksasa merah. Super raksasa merah ini kemudiannya membentuk Nova atau super nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong gelap. “bintang mempunyai 6 evolusi yang terjadi” ¹ (ms25, Quran saintifik, Dr Daniel Zainal Abidin, (2007), PTS MILLENNIA, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur).






Bintang mempunyai 6 jenis revolusi bintang ada prototaip bintang

  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Lohong hitam
  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Supernova dan lohong hitam
  • Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Bintang super-raksasa merah - Supernova dan bintang neutron
  • Protobintang - Bintang seperti Matahari - Bintang raksasa merah - Planetari nebula -bintang kerdil putih
  • Protobintang - Bintang kerdil merah - Bintang kerdil putih
  • Protobintang - Bintang kerdil perang


1-ms25, Quran saintifik, Dr Daniel Zainal Abidin, (2007), PTS MILLENNIA, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.


Pengakhiran Bintang

          Dari segi kosmologi Islam, kita yakin sepenuhnya bahawa alam ini bersifat 'baru' (hadith) dan 'kena jadi', dari 'tiada kepada ada' (ex nihilo). Ahli-ahli kosmologi Islam yang membuat penafsiran asal kejadian alam semesta berdasarkan Al-Quran dan Hadis mengatakan bahawa alam ini berasal dari asap (dukhan). Ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Fushilat ayat 11 yang bermaksud serta menerangkan implikasi penciptaan langit.

Kemudian Dia menuju kepada langit dan ia adalah asap, lalu Dia (Allah) berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu berdua dengan rela atau terpaksa.” Kedua-duanya berkata: "Kami datang dengan rela.”(41) : 11

          Ayat ini ditafsirkan dengan kenyataan alam semesta kejadiannya adalah berbentuk paduan dari satu jisim yang bercantum. Jisim tersebut wujud hasil dari paduan(ratq) gas-gas dan debu-debu angkasa yang disebut sebagai 'dukhan'. Dukhan ini kemudiannya akan berputar ligat disebabkan tekanan dari pusat dukhan dan dengan khudrat dan iradat Allah s.w.t terhasillah tekanan yang menyebabkan berlakunya letupan sehingga boleh memisahkan/pecah(fatq). Sudah pasti letupan ini berlaku dalam keadaan kuat dan hebat, lalu membentuk ala mini yang berupa 'alam benda' yang terdiri dari gugusan pulau-pulau angkasa(galaksi), bintang-bintang dan planet-planet.
          Bintang di langit tak selamanya akan tetap disana. Ia juga akan menjadi tua dan mati. Ada yang berakhir sebagai katai putih, lubang hitam atau supernova. Tapi ada juga bintang yang dipaksa mati sebelum waktunya. Ada bintang yang hidupnya berjalan biasa saja sampai masa tua dan kemudian mati, namun ada juga bintang yang dalam hidupnya berani menempuh bahaya dan ternyata tak selamat dari bahaya tersebut. Bintang itu adalah mereka yang berani berdekatan dengan lubang hitam masif. Bintang-bintang menjadi bercahaya kerana perubahan kekuatan daya tarik menjadi energi panas. Reaksi termonuklear ikut melakukan peran dan kerana bercampur maka terjadilah atom berat yang menggantikan atom ringan. Dengan begitu maka hidrogen, menjadi helium, kemudian menjadi karbon dan kemudian lagi menjadi oksigen, dan akhirnya menjadi logam, kemudian menjadi metalloid. Jadi bintang-bintang itu mempunyai kehidupan dan astronomi moden telah dapat menyusun klasifikasi mengenai perkembangan bintang tersebut. “Bintang itu juga mengalami kematian. Dalam tahap perkembangannya yang terakhir terjadi suatu ledakan dalam beberapa bintang dan setelah itu bintang-bintang itu mati.” ¹

"Apabila matahari hilang cahayanya(1)dan apabila bintang-bintang bergugur
an(2)apabila gunung-gunung menjadi debu(3)"(81) : 1-3

1-ms10, Membuka Takbir Pintu Langit, IR.Siswo Santoyo,(2001), PT MIZAN PUBLIKA, Jakarta, Indonesia.